Wednesday, August 25, 2010

NILAI MURNI YANG DISEMAIKAN :

Perpaduan Kaum
PERPADUAN DALAM GAGASAN 1 MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan dalam menuju kearah sebuah maju. Rakyatnya adalah berbilang kaum dan etnik serta mempunyai pegangan agama dan kepercayaan yang berbeza. Sebilangan besar rakyat di Malaysia adalah terdiri daripada kaum Melayu yang beragama Islam,tetapi masyarakat tetap dapat hidup bersama dengan aman tidak seperti di negara-negara lain yang seringkali timbul masalah permusuhan dan pertingkaian walaupun mereka terdiri dari bangsa, dan kepercayan yang sama. Namun begitu, kita tidak boleh terus lena dan berdiam diri kerana masih wujud halangan-halangan yang boleh menimbulkan masalah perpaduan di negara kita iaitu :-


 Faktor agama dan budaya.
  • Perbezaan agama dan budaya dalam kalngan masyarakat di Malaysia sedikit sebanyak menghalang ke arah perpaduan kaum. Kepelbagaian agama, budaya, kesenian dan adat resam menyebabkan kita kuarang menghormati budaya dan agama kaum lain.
 Sistem pendidikan dan persekolahan yang berbeza.
  • Kebanyakan ibu bapa lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Contohnya kaum cina menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan cina. Hal ini menyebabkan tercetusnya jurang pergaulan antara kaum.
 Dasar penjajahan British.
  • Kesan penjajahan British pada zaman dahulu yang memperkenalkan dasar pecah dan perintah iaitu mengasingkan kaum Melayu, Cina, dan India menyebabkan pergaulan antara kaum terbatas. Selain itu, dasar ini menyebabkan wujudnya sifat perkauman dalam diri pada masa itu dan kesannya masih dirasai sehingga ke hari ini.
Justeru itu, halangan-halangan yang wujud ini perlu diberi perhatian yang serius daripada semua pihak kerana ia boleh melemahkan negara kita sekiranya rakyat berpecah-belah. Antara langkah-langkah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia ialah:-


 Mengadakan program kemasyarakatan.
  • Anggota masyarakat perlu bekerjasama untuk mewujudkan perpaduan antara kaum. Mereka perlu mengadakan program kemasyarakatan seperti Hari Keluarga dan Sukan Rakyat yang melibatkan semua kaum. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan seluruh anggota masyarakat.
 Mengelakkan daripada mengungkit isu-isu sensitif.
  • Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan bersatu-padu, seharusnya perlu memahami erti sebenar hidup dalam bermasyarakat. Sikap yang negatif seperti menyentuh isu-isu perkauman seharusnya dapat dielakkan. Mereka harus yakin dengan ketertinggian Perlembagaan yang telah ditetapkan. Setiap kaum mempunyai hak-hak keistimewaan yang telah dipersetujui sejak kemerdekaan lagi. Oleh itu, isu-isu sensitif contohnya, berkaitan soal agama, budaya, dan kepercayaan perlu difahami oleh setiap kaum di Malaysia. Sekiranya sifat saling memahami ini wujud, maka tidak mustahil bagi kita untuk menghormati agama masyarakat lain tanpa wujudnya perasaan syak wasangka. Hal ini sekaligus dapat memupuk perpaduan kaum di negara kita walaupun rakyatnya berlainan agama, budaya, dan kepercayaan.
 Semangat kekitaan.
  • Semangat kekitaan sebenarnya telah lama wujud sejak temeterainya Pakatan Murni. Melalui pakatan ini, masyarakat Melayu telah bersetuju untuk menerima kerakyatan masyarakat India dan Cina sebagai rakyat Malaysia. Sehubungan itu, peristiwa ini seharusnya menjadi kayu pengukur bagi masyarakat pada masa kini untuk saling bersatu, saling menghormati, dan tolong-menolong antara satu sama lain. Semangat kekitaan lebih jelas menggambarkan ikatan perhubungan yang erat dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai benteng pertahananuntuk menghadapi ancaman musuh.
Kesimpulannya untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat, Perdana Menteri Malaysia,Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengemukakan sebuah konsep iaitu 1Malaysia sebagai teras pentadbiran beliau. Gagasan 1Malaysia diwujudkan bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai penting yang sepatutnya menjadi amalan rakyat. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting kerana ia dapat menjamin kestabilan negara dan membawa negara kearah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi sejajar dengan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mendukung konsep gagasan 1Malaysia agar perpaduan dapat dibentuk sekaligus membawa negara kita mencapai matlamat Wawasan 2020.




No comments:

Post a Comment