Wednesday, August 25, 2010

Pengenalan 1Malaysia

Konsep 1 Malaysia bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yan akan mengugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga dihayati sepenuhnya oleh semua pihak yang mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yanglebih aman, stabil, dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

"Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia" - YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

3 Prinsip Teras 1 Malaysia
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL

1 Harapan, 1 Malaysia
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan 

NILAI MURNI YANG DISEMAIKAN :

Perpaduan Kaum
PERPADUAN DALAM GAGASAN 1 MALAYSIA

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan dalam menuju kearah sebuah maju. Rakyatnya adalah berbilang kaum dan etnik serta mempunyai pegangan agama dan kepercayaan yang berbeza. Sebilangan besar rakyat di Malaysia adalah terdiri daripada kaum Melayu yang beragama Islam,tetapi masyarakat tetap dapat hidup bersama dengan aman tidak seperti di negara-negara lain yang seringkali timbul masalah permusuhan dan pertingkaian walaupun mereka terdiri dari bangsa, dan kepercayan yang sama. Namun begitu, kita tidak boleh terus lena dan berdiam diri kerana masih wujud halangan-halangan yang boleh menimbulkan masalah perpaduan di negara kita iaitu :-


 Faktor agama dan budaya.
  • Perbezaan agama dan budaya dalam kalngan masyarakat di Malaysia sedikit sebanyak menghalang ke arah perpaduan kaum. Kepelbagaian agama, budaya, kesenian dan adat resam menyebabkan kita kuarang menghormati budaya dan agama kaum lain.
 Sistem pendidikan dan persekolahan yang berbeza.
  • Kebanyakan ibu bapa lebih gemar menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing.Contohnya kaum cina menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan cina. Hal ini menyebabkan tercetusnya jurang pergaulan antara kaum.
 Dasar penjajahan British.
  • Kesan penjajahan British pada zaman dahulu yang memperkenalkan dasar pecah dan perintah iaitu mengasingkan kaum Melayu, Cina, dan India menyebabkan pergaulan antara kaum terbatas. Selain itu, dasar ini menyebabkan wujudnya sifat perkauman dalam diri pada masa itu dan kesannya masih dirasai sehingga ke hari ini.
Justeru itu, halangan-halangan yang wujud ini perlu diberi perhatian yang serius daripada semua pihak kerana ia boleh melemahkan negara kita sekiranya rakyat berpecah-belah. Antara langkah-langkah untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia ialah:-


 Mengadakan program kemasyarakatan.
  • Anggota masyarakat perlu bekerjasama untuk mewujudkan perpaduan antara kaum. Mereka perlu mengadakan program kemasyarakatan seperti Hari Keluarga dan Sukan Rakyat yang melibatkan semua kaum. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan seluruh anggota masyarakat.
 Mengelakkan daripada mengungkit isu-isu sensitif.
  • Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan bersatu-padu, seharusnya perlu memahami erti sebenar hidup dalam bermasyarakat. Sikap yang negatif seperti menyentuh isu-isu perkauman seharusnya dapat dielakkan. Mereka harus yakin dengan ketertinggian Perlembagaan yang telah ditetapkan. Setiap kaum mempunyai hak-hak keistimewaan yang telah dipersetujui sejak kemerdekaan lagi. Oleh itu, isu-isu sensitif contohnya, berkaitan soal agama, budaya, dan kepercayaan perlu difahami oleh setiap kaum di Malaysia. Sekiranya sifat saling memahami ini wujud, maka tidak mustahil bagi kita untuk menghormati agama masyarakat lain tanpa wujudnya perasaan syak wasangka. Hal ini sekaligus dapat memupuk perpaduan kaum di negara kita walaupun rakyatnya berlainan agama, budaya, dan kepercayaan.
 Semangat kekitaan.
  • Semangat kekitaan sebenarnya telah lama wujud sejak temeterainya Pakatan Murni. Melalui pakatan ini, masyarakat Melayu telah bersetuju untuk menerima kerakyatan masyarakat India dan Cina sebagai rakyat Malaysia. Sehubungan itu, peristiwa ini seharusnya menjadi kayu pengukur bagi masyarakat pada masa kini untuk saling bersatu, saling menghormati, dan tolong-menolong antara satu sama lain. Semangat kekitaan lebih jelas menggambarkan ikatan perhubungan yang erat dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai benteng pertahananuntuk menghadapi ancaman musuh.
Kesimpulannya untuk memupuk dan mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat, Perdana Menteri Malaysia,Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengemukakan sebuah konsep iaitu 1Malaysia sebagai teras pentadbiran beliau. Gagasan 1Malaysia diwujudkan bertujuan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di Malaysia yang berbilang kaum berteraskan beberapa nilai penting yang sepatutnya menjadi amalan rakyat. Perpaduan dalam kalangan rakyat amat penting kerana ia dapat menjamin kestabilan negara dan membawa negara kearah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi sejajar dengan aspirasi negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mendukung konsep gagasan 1Malaysia agar perpaduan dapat dibentuk sekaligus membawa negara kita mencapai matlamat Wawasan 2020.





INTEGRASI


Kebelakangan ini , isu perkauman sering diperkatakan di media massa dan media cetak di Negara kita. Kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat. Perpaduan kaum adalah penting bagi mewujudkan masyarakat majmuk di malaysia yang berbilang kaum seperti kaum melayu,cina,india,orang asli, kadazandasun, bajau,iban,bidayuh dan lain-lain.Integrasi kaum merupakan suatu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat dengan melalui satu identiti bersama bagi menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing. Perdana Menteri kita berkata bahawa beliau telah lama berfikir berhubung usaha bagi memupuk perpaduan dan integrasi nasional di kalangan penduduk Negara ini yang terdiri daripada pelbagai etnik. Setiap kaum mempunyai budaya,kepercayaan,adat istiadat,pemakanan dan pakaian yang berbeza dengan wujudnya keunikan sendiri. Perpaduan dalam kalangan kaum boleh menjadi kekuatan kepada malaysia. Perdana Menteri Malaysia sentiasa menekankan tentang pentingnya integrasi kaum supaya Negara kita diperkukuh dengan memperkenalkan gagasan ‘1 MALAYSIA’. Jika penduduk negara kita dapat menghayati dan mengamalkan amalan budaya 1 Malaysia maka sudah tentu keamanan dan kemakmuran yang berkekalan bakal kita kecapi.


 ‘ Bersatu teguh bercerai roboh’

Tragedi pernah berlaku pada 13 mei 1969. Tragedi ini berlaku ekoran daripada pilihanraya kebangsaan pada 10 mei 1969. Banyak isu-isu yang yang menyentuh emosi dan unsur-unsur sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang semasa kempen pilihan tersebut. Ini telah membangkitkan ketegangan dan rusuhan terutamanya kaum melayu dan cina. Hubungan aman antara kaum tidak pernah wujud akibat dasar pecah dan perintah serta pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi oleh kerajaan British.

 Faktor yang mencetus tragedi ini adalah dari 3 segi, iaitu:

i. Politik
ii. Ekonomi
iii. Sosial

Ekoran daripada peristiwa 13 mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ditubuh bagi menggerakan program-program yang boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat. Contoh pelbagai program yang diadakan seperti:

I. Rukum Tetangga
II. Program sekolah wawasan
III. Program khidmat Negara
IV. “Kongsi Raya”


 Jenis-jenis aktiviti dan program yang dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan berkaitan untuk membantu memupuk perpaduan antara kaum adalah seperti:

1) Memulakan bangku sekolah
2) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
3) Pengenalan khusus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di institusi pengajian tinggi
4) Mengadakan rumah terbuka


Kesimpulan

Program-program yang dilancarkan oleh kerajaan kepada semua rakyat di Malaysia adalah bertujuan untuk membantu semua etnik di malaysia dapat hidup bersama dan berusaha memajukan Negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat.



  • Perpaduan kaum menjamin kestabilan politik
  • Intergriti menjamin kekuatan perpaduan kaum
  • Bangsa malaysia adalah formula perpaduan
Perpaduan kaum jawapan kepada keselamatan Negara
HORMAT-MENGHORMATI


Penerapan nilai hormat-menghormati dalam setiap individu tanpa mengira kaum adalah salah satu unsur utama dalam mencapai 1Malaysia. Bermula dengan menghormati individu lain, kita dapat membina Negara yang bersatu padu dimana kepelbagaian etnik bukanlah satu keburukan tetapi satu cirri utama untuk menyumbang kepada menjadikan Malaysia sebuah Negara yang kuat. Perpaduan bukan hanya terjalin antara kaum di negara ini malah perlu diperkukuhkan lagi demi mewujudkan suasana negara yang lebih kuat, maju, aman dalam masyarakat yang majmuk.


Secara asasnya, Malaysia adalah sebuah Negara yang terdiri daripada berbilang-bilang kaum yang mempunyai cara hidup, agama, adat resam dan pantang larang yang berbeza. Oleh itu, kekurangan nilai hormat-menghormati dalam setiap individu akan menyumbang kepada wujudnya masalah perpaduan dan seterusnya berlakunya kejadian pembunuhan antara kaum yang pernah berlaku pada 13 mei 1969.

Pertama sekali adalah agama. Untuk setiap kaum yang berbeza turut mempunyai kepercayaan agama yang berbeza. Sebagai contoh, orang melayu menganuti agama islam, orang cina menganuti agama Buddha, orang india menganuti hindu dan sebagainya. Setiap individu mestilah mengelakkan diri daripada bercanggah dengan agama dan budaya orang lain. Ini adalah kerana orang yang berpegang kuat kepada agamanya akan berasa terhina apabila agamanya dipersendakan.

Semasa bulan puasa, orang cina haruslah mengelak daripada minum atau makan di depan orang melayu yang sedang puasa. Hal ini sedemikian kerana mereka akan berasa terseksa apabila perlu menghadapi makanan dan minuman tetapi dilarang untuk makan dan minum. Ini adalah perbuatan menghormati pantang larang kaum lain untuk mengelakkan percanggahan pendapat.

Kesimpulannya, pelbagai perbezaan yang ada dalam setiap kaum akan menjadi satu kekuatan jika kami dapat mengatasi masalah pertelingkahan antara kaum. Nilai hormat-menghormati pula merupakan salah satu unsur utama dalam pembinaan negara bangsa yang boleh hidup bersama dengan aman.
KASIH SAYANG

Kasih sayang umpama tali yang mengikat hati-hati manusia. Apabila wujudnya kasih sayang, perasaan kemesraan akan lahir dan kesejahteraan dalam hidup akan wujud. Lain kata, kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini. Setiap kehidupan makhluk tidak kira insan manusia atau haiwan memerlukan kasih sayang, cuma tahap kasih sayang yang membezakan antara satu sama lain. Nilai kasih sayang perlu dipupuk dalam kalangan individu, keluarga dan masyarakat untuk mencapai konsep 1Malaysia.

Peranan yang paling penting adalah dimainkan oleh setiap individu itu sendiri, mereka perlu sematkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri dan sentiasa bersedia memikul peranan dan tanggungjawab masing-masing. Tiada manusia yang benci kepada kasih sayang dan dia akan merindui belaian kasih sayang daripada insan lain atau dia akan mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Berapa banyak jiwa yang melayang kerana hilangnya peri kemanusiaan dalam diri dan berapa ramai yang menjadi mangsa fitnah akibat lenyapnya kasih sayang sesama sendiri. Oleh itu, nilai kasih sayang amat penting pada setiap individu.

Keluarga merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Nilai kasih sayang dapat dipupuk kerana keluarga adalah sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utama untuk membina dan membentuk sikap dan keperibadian. Oleh itu, pembinaan sebuah keluarga merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kerangka pembangunan kemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu masyarakat kecil yang akhirnya menjadi elemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir serta bersikap kasih sayang.

Kelahiran anak atau generasi muda dalam suasana ikatan keluarga yang gembira dan bahagia akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Perasaan kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik. Pertumbuhan fizikal yang sihat dan seimbang menerusi makan dan minum serta keperluan hidup harian ini juga mampu memberikan satu suasana hidup yang ceria dan menggembirakan bagi seorang anak. Akhirnya, pasti lahir generasi yang baik dan berakhlak terpuji.

Sebuah keluarga yang damai juga dapat berjaya memberikan ketenangan kepada ahlinya. Kemesraan yang wujud sudah cukup untuk memberikan ketenangan awal bagi jiwa yang sedang berkemuncak. Senyuman manis dan tawa ria pasti berjaya meruntuhkan gunung masalah yang dihadapi. Dengan itu, sebarang masalah kehidupan dapat dibancangkan bersama dan berusaha untuk mandapatkan jalan penyelesaiannya.

Jika seorang kanak-kanak dilahirkan di sebuah keluarga yang tidak menpunyai perlindungan kerana ibu dan bapanya tidak mempunyai satu ikatan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. Maka, anak kecil ini pasti hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang kerana hanya menpunyai ibu tanpa bapa atau kedua-duanya. Tekanan emosi dan perasaan sepanjang kehidupan kanak-kanaknya akan menbentuk jiwanya menjadi seorang yang benci kepada masyarakat sekeliling.

Begitu juga, anak-anak remaja yang membesar tanpa sentuhan kasih sayang lantaran kesibukan dalam memenuhi tuntutan sistem hidup yang kejam dan falsafah kebendaan yang tidak mengenal erti kemanusiaan. Dari sudut yang lain pula, ada ibubapa yang rasa bersalah dengan pengabaian lalu menggantikan kekosongan kasih sayang dengan kemewahan dan kebebasan dengan harapan dapat menebus kesalahan mereka dalam ini. Hal ini akan membawa kepada berlakunya perkara yang buruk atau tidak diinginkan seperti kes pembunuhan anak oleh ibubapa atau sebaliknya.

Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina di atas asas yang betul dan tepat bermula daripada objektif dan seterusnya langkah-langkah pembinaan tunggak dan binaannya. Selain individu, ibu bapa terutamanya bagi mereka yang menpunyai anak bermasalah diharap dapat menberi perhatian dan bukannya tekanan. Hasil dari itu lahirlah hubungan mesra yang diikat denagan tali kasih yang pasti sukar untuk dirungkai kembali dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang damai dan tenang.

Bagi lapisan masyarakat pula, setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk menunjukkan perasaan kasih sayang kepada individu lain seperti dalam mambendung kes penderaan atau penbuangan bayi yang dilihat semakin membimbangkan.

Kisah dua orang adik beradik Muhamad Shafril Shamir, 4 tahun, dan Nor Ameelia Syafiqah, setahun, yang ditemui mati dipercayai diracun bapa mereka, Shaari Hamid, 34, sebelum menggantung dirinya. Inilah bentuk kehidupan yang sedang kita tempuhi. Oleh itu, kesedaran orang ramai untuk menunjukkan kasih sayang amatlah penting.

Penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin juga mengajak seluruh lapisan masyarakat menjayakan kempen 'Kami Prihatin' dengan menghebahkan nilai-nilai kasih sayang. Menurutnya, usaha menjayakan kempen tersebut memerlukan penglibatan masyarakat secara menyeluruh dengan setiap individu memainkan peranan dan tanggingjawab masing-masing dalam meningkatkan kesedaran orang ramai.

Akhir kata, nilai kasih sayang perlulah disemaikan dalam setiap individu. Tentukan matlamat anda, memastikan kasih sayang ini sentiasa membara dan mencari cara yang baik yang akan menolong berlaku. Tumpukan kepada akibat yang positif adalah supaya anda ada tenaga untuk sentiasa mara ke depan untuk mencapai matlamat anda untuk menghulurkan kasih sayang serta memjadikan misi sesuatu pangalaman yang menyeronokkan sama dengan kemesraan dan persefahaman antara satu sama lain. Kasih sayang diiringi dengan pelbagai tanggungjawab. Pilihan adalah di dalam tangan anda untuk membantu orang lain supaya menjadi lebih sedar, bersefahaman, sayang-menyayangi di antara satu sama lain.


Suburkan kasih sayang!!!


GAYA HIDUP MASYARAKAT :

KEPERCAYAAN

KEPERCAYAAN TENTANG TIGA KAUM DI MALAYSIA


Malaysia merupakan masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum India yang mempunyai pelbagai budaya dan kepercayaan masing-masing. Setiap kelompok masyarakat mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing seperti kaum Melayu yang semestinya beragama Islam, kaum Cina beragama budhisme, konfusianisne dan lain-lain serta kaum India beragama Hindu. Kesemua agama memberi pelbagai pengajaran terhadap akhlak, soal moral dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam.

KEPERCAYAAN KAUM MEALYU

Dalam masyarakat Melayu,pembentukan sahsiah diri dan keperibadian amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik,beragama,berbudi dan berakhlak mulia.Keluarga merupakan ejen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat ini supaya keluarga dapat mendidik dan mangajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci. Semua kaum Melayu mengamal agama Islam dan adat istiadat masing-masing. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namum demikian,adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteras kepada syarak. Hal ini disebabkan jati diri kaum Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi.Perwatakan,adat dan kesusilaan kaum Melayu bersandar kepada prinsip tauhid dan hukum syarak.Penghayatan nilai tauhid dalam sistem kehidupan sama ada dalam entiti keluarga,masyarakat dan sistem pemerintahan negara.Islam merupakan agama dan sistem kepercayaan yang merupakan teras jati diri kaum Melayu.

DAHULUNYA,KAUM MELAYU MEMPUNYAI PELBAGAI PANTANG LARANG YANG DIGUNAKAN SEBAGAI TUNJUK AJAR DAN NASIHAT YANG PATUT DITURUNI KEPADA ANAK CUCUNYA YANG SEPERTI BERIKUT:

1. Duduk atas bantal
2. Bergendang dalam rumah
3. Menjahit pada senja
4. Makan dengan menggunakan bekas retak atau sumbing
5. Bersiul atau bernyanyi di dapur
6. Tikus tidak boleh di seranah

KEPERCAYAAN KAUM CINA
Kaum Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri Mereka memuja nenek moyang, tian(langit) dan kepercayaan prinitif iaitu animisme yang pemujaan binatang, tanaman atau alam semula jadi. Kaum Cina lebih mementingkan aspek kepercayaan yang boleh memberikan kesejahteraan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan .Kebanyakan kaum Cina cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia .Bagi kaum Cina, kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi .Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup selagi tidak bercanggah dengan adab dan budaya mereka .Kaum Cina mengambarkan kewujudan Tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat .Kaum Cina juga mempercayai tian(langit) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Selain itu, ajaran seperti agama Buddhisme, Konfusianisme dan Taonisme menekankan aspek etika dan moral konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran kaum Cina .Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi .Dalam ajaran Buddhisme mementingkan kesederhanaan dimana asas pengajarannya ialah penderitaan yang berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ia dapat dihindarkan mengikuti 8 jalan yang betul atau dalam pertengahan(middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang terlalu lampau.Selain itu,kaum Cina juga menitikberat tentang hubungan sesame manusia. Walaubagaimanapun,system kekeluargaan tradisional pernah mengalami perubahan namun asas system keluarga yang memusatkan kuasa bapa tetap berkekal dan berlanjutan sampai ke hari ini.Di sini,kita dapat lihat kaum Cina amat mementingkan nilai kemanusiaan dimana mereka menggangap manusia menpunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan yang penting dalam alam semesta. Falsafah Konfusianisme,doktrin kenegaraan merangkumi aspek-aspek falsafah keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran konfusius. Sebagai contohnya,pengajaran Konfusianisme yang terkandung dalam kitab Analects menekankan nilai dan sifat moral yang mulia dengan mengenai keutamaan perikemanusiaan. Oleh sebab itu,manusia berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat yang baik seperti Perikemanusiaan(ren),Kewajaran(yi),Kesusilaan(li) dan Kearifan(zhi).Ketaatan kepada ibubapa juga dititikberat oleh ajaran Konfusius.


KEPERCAYAAN KAUM INDIA

Kaum India kebanyakkanya beragama Hindu.Keluarga merupakan unit asas yang terpenting.Kaum India mengamalkan sistem keluarga bersama(joint family).Konsep tersebut membentuk keperibadian dan jati diri .India agar bertindak mengikat lunas-lunas yang dibenarkan oleh ajaran agama mereka .Keluarga bersama dibentuk oleh semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri dan anak-anak yang belum berkahwin .Sekiranya anak perempuan berkahwin, mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya .Tujuan berkeluarga adalah untuk mendapatkan zuriah sebagai penyambung keturunan .Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian kaum India dari segi etika dan moral yang mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang lebih baik .Ianya dapat menghindar kaum tersebut dari malakukan perkara-perkara yang menyalahi norma-norma dan garis panduan dalam kepercayaan mereka .Perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua anggota keluarga amat dititikberatkan .Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda .Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma yang merupakan tahap yang harus dilalui oleh manusia dan puransartha iaitu empat objektif mulia yang pasti ada pada setiap insan seperti berikut:

(a)Aram/dharma
(b)Porul/artha
(c)Inbam/kama
(d)Vidu/moksha

Agama Hindu menitikberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya .Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadap makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan .Sekiranya mereka mengamalkan nilai-nilai murni maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingganya mencapai mokhsa iaitu bekas daripada pusingan kelahiran .Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan .
PEMAKANAN


Kaum Cina
                           bak cang                   kuih bulan                   yu sheng.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum. Terdapat pelbagai makanan yang enak terdapat di Negara kita. Salah satu makanan yang dimakan oleh kaum cina pada perayaan “Duan Wu” ialah bak cang. Perayaan DuanWu adalah untuk memperingati kematian Qu Yuan seorang penyair China terkenal dari Kerajaan Chu. Qu Yuan cuba gagal untuk memberi amaran raja dan senegara terhadap Dasar peluasan kuasa. Qu Yuan sangat sedih lalu tenggelam di sungai Miluo . Menurut legenda,beras dilemparkan ke sungai untuk mengelakkan ikan makan tubuh penyair. Kiuh bulan adakah pastri cina secara tradisi dimakan semasa Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Pesta ini adalah bagi sembahyang qamari dan memerhati bulan. Biasanya dikenali sebagai “Pesta Kuih Bulan”. Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada kalender cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas. Mereka biasanya makan kuih bulan bersama dengan Teh Cina. Yusheng merupakan makanan yang dimakan pada Perayaan Tahun Baru Cina .Yusheng yang bermaksud peningkatan kelimpahan. Yusheng sering disajikan sebagai sebahagian daripada multi-hidangan makan malam, biasanya sebagai pembuka kerana simbolisme tentang "nasib baik" untuk tahun baru. Semua makan malam di meja daripada berdiri dan aba-aba, teruskan ke bahan robek melemparkan ke udara dengan berbagai penyepit sambil berkata "ingin menguntungkan" dengan lantang. Hal ini dipercayai bahawa quality balingan mencerminkan tingginya pertumbuhan di restoran kekayaan sehingga rumah-rumah mak


Kaum Melayu

                            otak-otak                    ketupat                      rendang

Makanan seperti nasi lemak, redang, ketupat dan sebagainya merupakan makanan kaum melayu yang digemari oleh kaum lain. Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional di perkampungan nelayan. Kebiasaannya dimakan sebagai makanan ringan di jamuan petang. Otak-otak dihasilkan dari isi ikan (biasanya ikan tenggiri) yang digaulkan dengan campuran berempah termasuk lada, bawang putih, bawang merah, kunyit, serai dan santan. Campuran ini dibungkus dalam daun kelapa dan dibakar atau dikukus. Terdapat juga otak-otak yang diperbuat daripada udang, sotong, kepala ikan dan ayam. Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk. Ketupat pulut ialah ketupat yang mengunakan beras pulut sebagai bahan asasnya, manakala ketupat nasi dibuat daripada beras. Ketupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate di gerai-gerai dan restoran. Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang,nasi ,pulut kuning , ketupat palas ,ketupat nasi, roti dan sebagainya. Redang amat popular dan disajikan sebagai pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri, kenduri-kenduri seperti majlis perkahwinan, kenduri harijadi dan sebagainya.


Kaum India

                             roti canai                      muruku                       capati

Kaum india juga terdapat banyak makanan yang enak seperti roti canai,rojak,capati dan lain-lain lagi. Roti canai berbentuk bulat dan datar. Cara untuk membuat roti canai ialah untuk berputar hingga adunan menjadi lembaran sangat tipis dan kemudian dilipat menjadi bentuk lingkaran.Salah satu ciri-ciri roti canai dan turunannya adalah bahawa hal itu dapat dimakan dengan tangan, tanpa memerlukan peralatan.Secara tradisional, itu dihidangkan dengan dal atau 'dhal' (lentil) kari, yang di India Utara disusun dengan Chana dal. Kadang-kadang boleh diambil dengan gula atau susu pekat. Maruku ikan adalah sejenis makanan ringan yang digemari ramai dan kian popular. Ia berasal dari selatan tanahair. Maruku ikan merupakan produk yang telah diubahsuai daripada maruku tradisional.Penambahan isi ikan dan rempah ratus menambahkan lagi keenakan dan khasiat kepada produk ini.. Capati diperbuat daripada tepung atta, maka ia lebih mengenyangkan kerana kandungan serat atau fibernya.
PERAYAAN

PERAYAAN DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dan beragama bebas.Tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina, India, dan kaum etnik yang lain seperti Iban, Kadazandusun, telahpun menetap di tanah ini hidup bersama dengan aman damai dan harmoni. Kepelbagaian budaya dan kaum menjadi Malaysia menyambut pelbagai perayaan.Rakyat Malaysia kunjung-mengunjungi semasa menyambut perayaan. Antara perayaan yang disambut secara meriah di Negara kita seperti Hari Raya Aidifitri, Tahun Baru Cina., Deepavali, Hari Thaipusam, Pesta Keamatan, Hari Gawai, dan lain-lain lagi.



HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.Perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa selama sebulan.


Tahun Baru Cina


Tahun Baru Cina adalah perayaan orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Angpau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin. "Gong xi fa cai" sebagai "Tahniah dan semoga mendapat rezeki".




Deepavali/Diwali

Perayaan Deepavali disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil( antara bulan Oktober dan November ).Perayaan ini disambut oleh penganut agama Hindu,Sikh dan Jain.Hari Deepavali disambut kerana meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan penanggalan kegelapan rohani.Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali.



Krismas


Hari Krismasdisambut setiap tahun pada tarikh25 Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran Kristian. Hari Krismas juga disambut oleh ramai orang yang bukan penganut Kristian.

Adat resam moden perayaan ini termasuk pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan.Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat memberi hadiah sempena Hari Krismas.

PERMAINAN

PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU
                                                                      CONGKAK
Congkak adalah salah satu permainan tradisional Melayu. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, sama ada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu. Permainan congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dalam permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.


                                                                       Sepak Raga



Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

PERMAINAN TRADISIONAL CINA
 
                                                                          Xiang Qi

Xiangqi adalah satu permainan papan cina yang dimainkan oleh dua orang pemain. Xiangqi berada dalam keluarga yang sama dengan catur. Xiangqi bentuk kini berasal dari China, jadi ianya digelar sebagai Catur Cina. Permainan ini didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China. Xiangqi merupakan salah satu permainan papan yang terkenal di dunia. Sifat yang istimewa termasuklah pergerakan unik pao (meriam), peraturan yang melarang panglima (seperti "raja" dalam catur) daripada bertemu dalam garisan yang sama, serta " istana" dan "sungai" yang mengehadkan pergerakan sesetengah buah catur.
 
 
                                                                       Yo-yo Cina

  Yo-yo cina merupakan permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan selalu berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang mengeluarkan bunyi ketika dipusingkan dengan cepat. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
 
 
JENIS PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
 
                                                                         Kho-kho
 
  'Kho-kho' adalah satu permainan tradisional yang terkenal dalam golongan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan mengejar dan berlari serta menyentuh pemain lain.Setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain dalam permainan kho–kho. Tujuan bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh berkata "Kho Kho"sambil menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain .
 
 
                                                                         Chaturanga
 
Asal-usul catur modern semula dikenal dengan nama Charuranga, yang terbuka di India pada abad ke-6. Sejak awal permainan ini sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbedaan buah catur dengan kekuataan yang berbeda, dan kemenangan terserah pada buah terakhir.Dalam catur kuno, papan catur memiliki 100 kotak atau malah lebih.
Ashtāpada, kotak 8 x 8 di sebuah papan merupakan tempat bermain Charuranga. Papan lain yang dikenal di India adalah Dasapada 10 x 10 dan Saturankam 9 x 9.

Ilmuwan Arab Abu al-Hasan 'Alī al-Mas'ūdī memberi rincian tentang penggunaan catur yakni sebagai sebuah alat strategi militer, matematik, perjudian dan terkadang dihubungkan dengan ramalan nasib di India dan tempat lainnya. Catatan Mas'ūdī juga menunjukkan Ivory di India merupakan daerah produsen alat permainan catur untuk pertama kali, menyebarkan serta memperkenalkan permainan ini dari Persia ke India semasa Kerajaan Nushirwan.
Kemudian terjadi evolusi pada permainan chaturanga yang dikenal dengan nama Shatranj (chatrang), yakni sebuah permainan dua orang pemain yang kekalahan dan kemenangan ditentukan melalui pembersihan terhadap semua bidak lawan (kecuali raja) atau melalui penaklukan terhadap raja lawan. Posisi pion dan kuda tidak berubah, tapi bidak lain mengalami perubahan bentuk.
KESENIAN

Pengenalan Kesenian


Kesenian merupakan sesuatu bangsa yang bertamadun ditakrifkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelmakan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis,seni pentas,seni tampak,seni muzik,seni filem,seni sastera dan lain-lain.Secara umum seni boleh dikatakan sebagai sesuatu yang cantik,halus,elok dan memuaskan pancaindera.

TARIAN MELAYU

1 Tarian Zapin Johor

Tarian Zapin ini berasal dari Kampung Gelang Patah,Johor.Tarian ini merupakan tarian pergaulan masyarakat Melayu yang masih utuh dan popular dewasa ini.Di Johor,tarian zapin dibahagi kepada dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab.Kedua-dua tarian zapin ini mempunyai perbezaan dari segi peradaptasiannya.Tarian Zapin Johor inin biasanya ditarikan oleh 4-6 orang penari lelaki dan 4-6 orang penari wanita di majlis-majlis keraian dan keramaian .

2 Tarian Ngajat

Tarian Ngajat adalah identiti utama masyarakat Iban yang menjadi kebanggaan kebudayaan di Sarawak.Tarian Ngajat merupakan tarian yang melatih mereka berperang dan selepas musim menuai.Penari-penari akan memakai kain merah yang diikat pada bahagian pinggang hingga ke paras lutut serta memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung dan tubuhnya dipakaikan gagung. Tarian ini ditarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu.Dulu tarian Ngajat hanya dapat dinikmati ketika perayaan Hari Gawai dan musim menuai,tetapi sekarang sudah diperkembang dan dikomersial untuk tujuan memperkukuh sektor dan memperkasakan budaya agar dapat diwarisi.


TARIAN CINA

1. Tarian Naga dan Tarian Singa

Tarian Naga ialah replika kepala Naga serta badan naga yang dibuat daripada kainatu kanvas.Bahagian kepala Naga digerakkan oleh seorang pemain yang mengejar sebiji bola yang bermaksud ‘peluang’ atau ‘keuntungan’.Tarian ini berbentuk akrobatik,penari akan melompat sini sana untuk memungut ‘angpau’.Kedua-dua tarian ini diiringi dengan paluan gendang yang kuat.Persembahan tarian singa di depan rumah ataupun kedai membawa maksud bahawa tuan rumah atau pusat perniagaan tersebut akan mendapat keuntungan yang banyak pada tahun tersebut.Kedua-dua tarian ini kebanyakan digunakan semasa perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Chap Goh Meh.

2. Tarian Kipas
Tarian Kipas adalah sejenis tarian yang memerlukan 9 orang ahli,di mana 7 orang wanita dan 2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cins mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina di mana dewa-dewi pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan.Tambahan pula,angin merupakan satu tradisi masyarakat cin yang mana masyarakat cina mempercayai ‘feng shui’ adalah satu kepercayaan tentang sesuatu penanda baik dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu,tarian ini dimainkan suypaya dapat membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarkat.


 

TARIAN INDIA
1 Tarian Bharata Natyam

Tarian ini berasal dari Negeri Tamil Nadu,di Selatan India. Kebiasaannya Bharata Natyam dipersembahkan oleh penari wanita secara solo. Keseluruhan persembahan tarian mengandungi enam peringkat iaitu alanippu,gatiswaram,sabdam,varnam,padam dan thillana.Kesemua peringkat ini menggabungkan elemen Naritta atau tariantulin Nritya mengandungi unit tarian asas.Tarian ini kena mengambil masa yang bertahun-tahun untuk menguasainya kerana terdapat pelbagai gerak tangan,kaki dan mata kena belajar.Bharata Matyam merupakan manifestasi daripada idea dahulu iaitu perayaan alam semesta yang kekal melalui perayaan dari keindahan tubuh manusia.Semasa zaman pertengahan,raja-raja etempat sering mengundang penari untuk menari di istana lalu melahirkan kategori rajanarthakis.Rajanarthakis menari untuk tujuan hiburan semata-mata.

2.Tarian Kathak

Tarian Kathak merupakan satu jenis tarian klasikal India yang berasal dari utara India.Pada asalnya ia ditarikan oleh masyarakat Khataras atau tukang cerita(penglipurlara).Perkataan Kathak berasal dari perkataan India Katha bermaksud ‘seni bercerita’.Dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada dewa-dewi Hindu,selepas itu,Kathak berkembang ke istana-istana pemerintah.Tarian Kathak adalah secara naratif dan dicirikan dengan gerakan kaki yang cepat dan berputar.Bentuk tarian kathak ini adalah bentuk yang berasal dari banyak pengaruh pada masa lalu,seperti pengaruh mitologi kathakas,tarian kuil dan gerakan bhakti. Selain itu,tarian ini diadakan selepas berdoa kepada Tuhan Ganesha Vandana.Tarian Kathak ini dipersembahkan oleh penari lelaki dan wanita.Muziknya digubah berasaskan lirik seperti Thumri,Ghazal,Dadra dan Kavita.

 
PEMAKAIAN

PAKAIAN TRADISIONAL


KAUM-KAUM DI MALAYSIA

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum..Setiap kaum di Malaysia mengamalkan budaya dan cara hidup yang berbeza tetapi masih berdasarkan satu rumpun yang sama iaitu sebagai ‘ Masyarakat Malaysia’,Perbezaan budaya inilah yang telah menjadikan Malaysia sebagai satu negara yang unik. Gagasan 1 MALAYSIA yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri YAB. Datuk Sri Najib Razak jelas membuktikan bahawa walaupun berbeza agama ,bangsa dan budaya namun kita masih hidup dalam satu rumpun dan gugusan yang sama iaitu negara Malaysia.Pakaian tradisi melambangkan identiti sesebuah kaum itu.Pakaian juga melambangkan nilai-nilai kelembutan,unsur-unsur keagamaan yang diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia.

                                                                  KAUM MELAYU
 

BAJU KURUNG


• Baju kurung yang dipakai oleh kaum wanita melayu mempunyai satu kocek berbanding lelaki yang             mempunyai tiga kocek (baju melayu johor.)

• Perkataan ' kurung' bererti mengurung atau menutup anggota tubuh.

• Konsep ini menepati tuntutan syariat Islam yang menuntut umatnya agar menutup aurat.

• Terdapat juga baju kurung kedah yang bentukknya hampir sama dengan baju kurung cuma saiz panjang bajunya yang atas dari lutut (singkat )

• Secara kebiasaanya untuk membuat sepasang baju kurung memerlukan 4 meter kain dan bergantung kepada saiz pemakai.



BAJU MELAYU CEKAK MUSANG.


• Baju Melayu cekak musang dipakai oleh kaum lelaki bersama denagan sampin dan songkok.

• Pakaian ini kebiasaannya mempunyai lima butir kancing

• (butang ).Menurut Ungku Azzah Aziz, angka lima itu adalah berdasarkan bilangan bangsawan atau pembesar-besar raja pada zaman dahulu.

• NamunMenurut seorang bekas budayawan dari UKM, dari segi entnografi sosiobudaya kancing itulah lambang keharmonian rumah tangga masyarakat melayu. Dua butir bertindih di bahagian atas ibarat kerukunan diantara pasangan suami isteri = ayah dan ibu. Tiga butir di bawahnya melambangkan tiga orang anak mereka = sulung, tengah dan bongsu.


                                                                  BAJU KEBAYA


• Baju Kebaya dikatakan berasal dari negara China yang kemudianya dibawa ke Jawa ,Indonesia.Hal ini belaku berikutan denagn proses asimilasi pada waktu itu.
• Pada mulanya baju kebaya adalah lebih singkat (kebaya nyonya) tapi apabila ia dibawa masuk ke Tanah Melayu,terdapat masyrakat melayu pada waktu itu telah mengubah rekaan bentuk baju kebaya itu menjadi lebih labuh

• Hal ini bersesuaian dengan budaya masyarakat melayu pada waktu itu yang gemar memakai baju yang labuh yakni menutup bahagian pinggul.


KAUM CINA


                                                                      CHEONGSAM


• Cheongsam merupakan pakaian tradisi bagi kaum wanita cina.
• Cheongsam mempunyai leher yang tinggi,butang di bahagian bahu ,ukuran yang sendat di bahagian pinggang dan juga belahan di kiri dan kanan.
• Pakaian ini kebiasaannya diperbuat daripada kain sutera yang bermotif bunga-bungaan bagi menyerlahkan lagi keayuaan si pemakai.
• Cheongsam kebiasaannya dipakai oleh wanita muda.

                                                                       SAMFU


• Samfu merupakan pakaian bagi kaum lelaki dan perempuan (separuh umur ) cina
• Samfu dikenakan dengan seluar satin .
• Setiap corak yang digayakan mempunyai maksud yang tersendiri seperti kesejahteraan dan tuah.



KAUM INDIA
SARI


• Sari diperbuat daripada lembaran kain yang berukuran satu meter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
• Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut.
• Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat.
• Dari segi pemilihan warna pula, kebanyakan sari menggunakan warna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu.
• Bagi sari yang berwarna putih ialah untuk wanita yang menjadi balu manakala kuning adalah berkaitan dengan upacara ritual keagamaan.


                                                                 Cara Pemakaian Sari




                                                                        DHOTI

• Dhoti ialah pakaian tradisi bagi kaum lelaki India.Pakaian ini pada asalnya hanyalah bewarna putih,tetapi kini telah dipelabgaikan warnanya mengikut gaya semasa.
• Selain itu, Dhoti juga diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang dan kain tersebut dililit di bahagian pinggang serta diikat pada celah paha dan kemudiannya disangkukan pada bahu.
• Selanjutnya, kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.
• Terdapat juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Namun pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.