INTEGRASI
Kebelakangan ini , isu perkauman sering diperkatakan di media massa dan media cetak di Negara kita. Kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat. Perpaduan kaum adalah penting bagi mewujudkan masyarakat majmuk di malaysia yang berbilang kaum seperti kaum melayu,cina,india,orang asli, kadazandasun, bajau,iban,bidayuh dan lain-lain.Integrasi kaum merupakan suatu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat dengan melalui satu identiti bersama bagi menghilangkan perbezaan dan identiti masing-masing. Perdana Menteri kita berkata bahawa beliau telah lama berfikir berhubung usaha bagi memupuk perpaduan dan integrasi nasional di kalangan penduduk Negara ini yang terdiri daripada pelbagai etnik. Setiap kaum mempunyai budaya,kepercayaan,adat istiadat,pemakanan dan pakaian yang berbeza dengan wujudnya keunikan sendiri. Perpaduan dalam kalangan kaum boleh menjadi kekuatan kepada malaysia. Perdana Menteri Malaysia sentiasa menekankan tentang pentingnya integrasi kaum supaya Negara kita diperkukuh dengan memperkenalkan gagasan ‘1 MALAYSIA’. Jika penduduk negara kita dapat menghayati dan mengamalkan amalan budaya 1 Malaysia maka sudah tentu keamanan dan kemakmuran yang berkekalan bakal kita kecapi.
‘ Bersatu teguh bercerai roboh’
Tragedi pernah berlaku pada 13 mei 1969. Tragedi ini berlaku ekoran daripada pilihanraya kebangsaan pada 10 mei 1969. Banyak isu-isu yang yang menyentuh emosi dan unsur-unsur sentimen perkauman telah disuarakan dengan begitu lantang semasa kempen pilihan tersebut. Ini telah membangkitkan ketegangan dan rusuhan terutamanya kaum melayu dan cina. Hubungan aman antara kaum tidak pernah wujud akibat dasar pecah dan perintah serta pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi oleh kerajaan British.
Faktor yang mencetus tragedi ini adalah dari 3 segi, iaitu:
i. Politik
ii. Ekonomi
iii. Sosial
Ekoran daripada peristiwa 13 mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ditubuh bagi menggerakan program-program yang boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat. Contoh pelbagai program yang diadakan seperti:
I. Rukum Tetangga
II. Program sekolah wawasan
III. Program khidmat Negara
IV. “Kongsi Raya”
Jenis-jenis aktiviti dan program yang dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan berkaitan untuk membantu memupuk perpaduan antara kaum adalah seperti:
1) Memulakan bangku sekolah
2) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
3) Pengenalan khusus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di institusi pengajian tinggi
4) Mengadakan rumah terbuka
Kesimpulan
Program-program yang dilancarkan oleh kerajaan kepada semua rakyat di Malaysia adalah bertujuan untuk membantu semua etnik di malaysia dapat hidup bersama dan berusaha memajukan Negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat.
- Perpaduan kaum menjamin kestabilan politik
- Intergriti menjamin kekuatan perpaduan kaum
- Bangsa malaysia adalah formula perpaduan
Perpaduan kaum jawapan kepada keselamatan Negara
No comments:
Post a Comment